Saturday, February 19, 2011

Asam Pedas Salmon Filet


Bahan-bahan:

Salmon Filet..giler tebal isi dia..ni pun dah potong kecil

Saya xsuka pedas sangat, so saya mix dried chillis with fresh chillis..

Bawang putih, bawang besar, halia dan belacan..

Daun kesum dan bunga kantan (sebenarnya saya nk potong 4, tapi sebab dia frozen, dia jadi serpih...korang kat Malaysia kalau pakai separuh or sekuntum lagi sedap kot...saya kat sini biasala benda rare ni kena jimat2..ni pun member balik Malaysia haritu yang bawakan)

Cara-cara:

Blendkan chili dan bawang bersama halia dan belacan
Tumiskan dengan setengah cawan minyak masak
Tumis sehingga pecah minyak (macam dalam gambar)


Bila dah pecah minyak, masukkan 4 cawan air.
Saya just guna asam jawa paste (saya pakai 4 sudu besar)
*Kalau guna asam jawa biasa tu, campur dengan 4 cawan air tu dan ramas2/kacau2 hingga sebati (biji keluarkan)

Asam jawa paste

Masukkan garam secukup rasa. (saya tambah 1 sudu kecil gula)
Bila dah mendidih, masukkan salmon filet dan sedikit santan (dalam setengah cawan kot)
Masukkan bunga kantan dan daun kesum
Biarkan ia mendidih perlahan-lahan sehingga ikan masak (jangan kacau kuat2 sebab salmon senang hancur, just usik2 manja je :P)
So bila salmon dah masak tu, bolehla nak letak terung @ timun. Saya letak timun batang je. Lepas masukkan timun, dalam 1-2 minit saya tutup api.

* Asam pedas ni saya masak untuk dinner..so esok malamnya sambung makan lagi..dia jadi lagi sedap dan pekat lepas semalaman. 3 hari jugak kami makan ikan ni ehehehe..senang..xyah masak hari2 :P.

1 comment:

  1. nampak sedap tu......minta semangkuk bole...

    ReplyDelete