Selalunya orang masak kueh tiaw kung fu / mee kung fu..tapi since saya guna rice stick..tu yang nama rice stick kung fu ehehe...
Bahan-bahan:
Rice stick
Telur
2 ulas bawang putih dimayang
1 biji cili merah dipotong serong
Sayuran campur (brokoli, carrot, cendawan dan bunga kobis)
Setengah sudu besar tepung jagung
Kiub ayam (separuh)
Udang dan daging
Sayuran dipotong kecil. (rasanya lagi sedap kalau ada sayuran berdaun cam kailan or sawi, tapi saya just guna sayur yang ada kat peti ais je ehehe)
Rice stick..(sebenarnya saya ingat ni laksa kering, sekali bila beli tengok dia nipis cam kueh tiaw)
Cara-cara:
Rebuskan rice stick sehingga lembut dan toskan (saya rebus sebab nak cepat). Kalau nak rendam air panas je pun boleh.
Pukul sebiji telur dalam mangkuk dan masukkan rice stick yang direbus tadi.(Agak-agak dalam 1 orang makan). Saya buat untuk 4 orang makan. So, saya buat one by one..
Gaul2kan rice stick dalam telur yang dipukul
Panaskan sedikit minyak dan masukkan ke dalam kuali. Bila dah masak belah bawah, boleh balikkan. Time balikkan tu kena hati2 takut terpecah.
Ni rupa bila dah siap masak..Masukkan ke dalam pinggan siap2..
Masukkan daging dan air dan kiub ayam ..didihkan sehingga daging masak.
Masukkan udang dan kacau2..
Bila udang dah masak, masukkan tepung jagung..
Bila kuah dah mendidih, masukkan sayuran, Kacau2 sebentar dalam 2-3 minit. Saya masak sekejap je sayur sebab xnak dia overcooked. Nnt rasa lembik je sayur xsedap eheh..
Bila kuah dah masak, tuang je ke atas rice stick bersalut telur tadi
Boleh makan dengan sambal kicap or sambal lain pun boleh.
*************************************************************************************
Last sekali saya buat masakan kungfu ni tahun 2008, masa tu time mula2 datang sini. Ni gambar saya copy from my old fotopages..
Masa ni saya buat pakai spaghetti...
Yang ni pulak saya pakai salmon filet..hehe nama xagak2..salmon kung fu :P. Makan dengan nasi..Alah nama bukan main, nasi black pepper, padahal nasi biasa je..Saya panaskan balik lebih2 nasi semalam pastu gaul2 dengan marjerin dan serbuk lada hitam :P..
No comments:
Post a Comment