Wednesday, March 2, 2011

Bihun Sup Sayur

Bahan-bahan:

Bihun/ rice stick (saya pakai rice stick yang guna buat masak kungfu haritu)- celur/rebus sehingga lembut
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
Kiub ayam (separuh aje)
Udang
Sayuran yang ada dalam peti ais (kobis panjang, carrot, bunga kobis, daun bawang)

Cara-cara:

Tumis bawang putih dan cili hingga naik bau
Masukkan air
Masukkan udang, kiub ayam, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Biarkan mendidih
Bila kuah dah mendidih, masukkan semua sayuran yang telah dibersihkan dan dipotong kecil
Tutup api dan biarkan beberapa minit (sambil kacau2)
Isikan bihun ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah sup sayur tadi.

*Express bihun sup sayur for dinner last night. Makan dengan sambal...sedappp

1 comment: