Gulai ikan masin ni saya masak stail Kelantan. Selalunya makan waktu pagi dengan nasi putih dan sambal cili kering. Orang Kelantan panggil "Nasi Berlauk" :)
Bahan-bahan:
Ikan masin (ikan cencaru) - terbang khas dari Kelantan ehehe :P
1/2 biji nenas (potong kecil)
2-3 cm lengkuas*
1 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun ok)*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
3 cawan air
200 ml santan
Cara-cara:
Ikan masin boleh rendam air 10-15 minit (untuk kurangkan masin)
Blend semua bahan yang bertanda *
Masukkan kedalam periuk. Isikan dengan air dan santan
Kacau2 di atas api sederhan sehingga mendidih
Masukkan ikan dan nenas
Kacau2 sehingga masak (garam xletak sebab ikan dah masin)
No comments:
Post a Comment