Thursday, July 26, 2012

Lasagna


Harini Mr Boss request nak berbuka dengan lasagna :)...Me? Yes Boss!!

Bahan-bahan untuk inti

1 biji bawang besar dipotong dadu
6-7 biji tomato dipotong dadu
1 batang celeri dihiris nipis
2 batang carrot diparut
1 mangkuk kecil cendawan segar dihirs nipis (pakai yang tin pun boleh)
1 sd kecil serbuk lada hitam
1 sd kecil serbuk oregano
500 g daging kisar
garam secukup rasa
sedikit olive oil untuk menumis

Bahan-bahan untuk sos putih

3 sb butter
3 sb tepung
3 cawan heavy cream
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk oregano
1/3 cawan parmesan cheese yang diparut

Bahan-bahan tambahan:

Kulit lasagna
Mozarella cheese (parut)
Parmesan cheese (parut)


Cara-cara:

Untuk inti:

Tumiskan bawang besar dengan sedikit olive oil
Masukkan tomato dan celeri. Kacau rata
Selepas 10 minit masukkan carrot, serbuk lada hitam, serbuk oregano. Kacau rata
Kemudian masukkan daging dan cendawan
Kacau rata sehingga daging masak.
Rasakan garam.
Bila dah masak, ketepikan.

Untuk sos putih:

Panaskan butter
Bila dah cair, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung sebati bersama butter
Masukkan 1/2 cawan heavy cream. Kacau sehingga sebati (tidak berketul dengan tepung)
Bila dah sebati, masukkan lagi 1/2 cawan heavy cream dan kacau sebati
Ulangi proses sehingga habis heavy cream
Masukkan serbuk lada hitam dan oregano. rasakan garam.
Tutup api dan masukkan parmesan dan kacau sebati. Ketepikan.



Untuk membuat lapisan lasagna

Rendam beberapa keping kulit lasagna di dalam air sehingga lembut (15 mins)
Susun kulit tadi dia dalam bekas
Lapiskan dengan inti yang berisi daging /ratakan)
Taburkan sedikit parmesan dan mozarella (ni optional)
Tuangkan sos putih dan ratakan.
Taburkan parmesan dan mozarella cheese
Susun kulit lasagna untuk lapisan kedua
Lapiskan dengan inti daging
Taburkan parmesan dan mozarella cheese (ni optional)
Ruangkan sos putih dan ratakan
Taburkan parmesan dan mozarella sehingga menutupi permukaan sos putih.
Panaskan oven pada suhu 180 degree.
bakar dalam 30-40 minit ( sehingga cheese mencair keperangan)


1 comment:

  1. sedapnya. kalau letak cheese CHEEZE MAZ. mesti lagi best macam --> http://cheezemaz.blogspot.com/2012/09/resepi-makaroni-bakar-dengan-serbuk.html

    ReplyDelete