Wednesday, July 25, 2012

Tom Yam Udang Ringkas


Semangkuk hidangan tom yam udang untuk juadah bersahur.

Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih (dimayang)
1 biji bawang besar (dimayang)
2 cm halia (dihiris nipis)
2 cm lengkuas (dihiris nipis)
6 biji cilipadi (diketuk)
3 batang serai (diketuk)
5 helai daun limau purut
2 biji tomato (dibelah 4)
6 ekor udang harimau

Cara-cara:

Tumiskan semua bahan2 kecuali tomato dan udang
Masukkan 3 cawan air dan tomato
Kacau sehingga mendidih
Masukkan udang dan renih selama 10 minit.
Rasakan garam.

No comments:

Post a Comment