Tuesday, July 24, 2012

Mushroom Risotto


Bahan-bahan:

6 cawan air*
1 ketul kiub pati sayuran*

* Air dan kiub sayuran direbus terlebih dahulu. Kalau nak guna 6 cawan stok ayam pun boleh

1 1/2 cawan beras risotto (Arborio brand)
1 mangkuk cendawan segar jenis Chanterelle (cendawan apa2 pun boleh)
3 sudu besar butter
1/2 cawan parmesan cheese (parut)
1 biji bawang besar dipotong dadu
olive oil untuk menumis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit hirisan fresh parsley

Cara-cara:

Panaskan 2 sudu besar olive oil.
Masukkan cendawan dan goreng sehingga masak.
Kemudian ketepikan. Jus cendawan yang keluar semasa menggoreng jgn dibuang.

Di dalam kuali leper, tumiskan bawang besar dengan sedikit olive oil
Kemudian masukkan beras risotto
Goreng rata sehingga kekuningan
Masukkan setengah cawan air ke dalam kuali dan kacau rata sehingga beras risotto menyerap air.
Kemudian tambah lagi 1/2 cawan air dan kacau rata.
Ulang proses sehingga habis air dan risotto mengembang.
Masukkan cendawan bersama jusnya, 3 sd besar butter dan parmesan cheese.
Kacau rata dan rasakan garam.
Untuk hidangan, boleh taburkan sedikit fresh parsley dan serbuk lada hitam.

2 comments: