Sunday, August 29, 2010

Biji Nangka @ Butir Nako


Bahan-bahan:

1 kg tepung pulut
Pewarna merah, hijau, kuning
Kapur (jika ada)
Santan
Biji halba
Daun pandan
Gula

Cara-cara:

1. Asingkan tepung pulut kepada tiga bahagian (untuk tiga warna berbeza). Masukkan air yang bercampur sedikit kapur (saya xguna kapur sebab xde) bersama pewarna sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
2. Masukkan air ke dalam periuk (dalam setengah periuk) dan panaskan hingga mendidih.
3. Uli2 kan doh menjadi bentuk lonjong/biji nangka dan masukkan ke dalam air yang mendidih tadi.
4. Apabila biji nangka timbul di permukaan air, tapiskan dan rendam di dalam air sejuk. Kemudian toskan.
5. Untuk kuah, masukkan air dan santan mengikut sukatan yang dikehendaki, masukkan sedikit garam, sedikit tepung beras (ujung2 sudu aje), halba, daun pandan dan gula secukup rasa.
6. Kacau2 hingga mendidih, masukkan biji nangka dan kacau2 sebentar. Tutup api.

No comments:

Post a Comment