Monday, August 30, 2010

Masak Lemak Labu

Haritu ada blogwalking ke blog Auntie Marina. Terjumpa resepi masak lemak labu dari auntie tu. So semalam saya try masak..memang marvellous!!Ni saya tulis balik resepi auntie. Tapi saya tak guna banyak ciliapi dan saya tambah serbuk kunyit bagi jadi kaler kuning..


Bahan-bahan:


1/2 biji labu saiz sedang2

1 biji bawang besar

6 biji cili api

1 sudu besar lada hitam

segenggam ikan bilis

santan

serai 2 batang

daun kunyit 2 helai.


Cara-cara:


1. Blendkan bawang besar bersama ciliapi dan lada hitam dengan sedikit air. Kemudian bila dah hancur, masukkan ikan bilis dan blend separa.

2. Masukkan bahan blend ke dalam periuk, masukkan air, santan, garam secukup rasa dan satu sudu besar gula. Masukkan juga serai dan labu.

3. Masak sambil kacau2 hingga mendidih. Bila labu separuh masak, masukkan daun kunyit yang dihiris. Bila labu lembut tutup api.

Sorry xletak gambar...xjumpa cari ehehehe...pasalnya lama sgt dah bulan puasa tu lagi masak..

No comments:

Post a Comment