Tuesday, August 17, 2010
Lompat Tikam
Cara2:
Untuk pulut merah:
1. 1 cawan beras pulut (tambah pewarna merah/sirap ros) dimasak dengan satu cawan santan cair, secubit garam dan satu sudu kecil minyak masak. Masak dalam rice cooker.
2. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam bekas dan ratakan (macam dalam gambar)
Untuk bahagian hijau:
1. 1 cawan tepung beras, tambah 3 cawan air pandan yang telah diblend dan ditapis.
2. Masukkan secubit garam.
3. Kacau2 di atas api sederhana sehingga masak/menjadi pekat berkilat.
4. Tuang ke atas bekas yang mengandungi pulut (refer photo)
Untuk yang putih:
1. 2 sudu besar tepung beras dikacau bersama 1 cawan cantan pekat dan 1 cawan air.
2. Masukkan garam (bagi ada rasa sedikit je masin)
3. Kacau hingga likat.
4. Tuang di atas bahagian hijau.
Untuk kuah, boleh cairkan gula melaka dengan air (depend kepada tahap kemanisan yang dikehendaki)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment