Tuesday, August 17, 2010

Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung & Asparagus


Bahan-bahan:

Ikan kembung 3 ekor (potong 2)
Asparagus (potong pendek2)
Cilipadi 6-7 biji (saya xnak pedas sangat..lagipun cilipadi kat sini pedas betul)
1 biji cili merah
2 biji bawang merah (sederhana besar)
Serai 2 batang (ketuk2)
Kunyit hidup/serbuk kunyit.

Cara-cara:

1. Blend bawang, ciliapi, cili merah, kunyit. Masukkan ke dalam periuk. Tambah air dan santan mengikut kepekatan yang dikehendaki.
2. Masukkan ikan dan asparagus dan serai. Garam secukup rasa dan satu sudu kecil gula.
3. Masak dan kacau2 hingga mendidih.
4. Agak2 ikan dah masak tutup api..

No comments:

Post a Comment