Bahan-bahan:
Sphagetti direbus dengan sedikit minyak, garam dan serbuk kunyit (nak jadi cam kaler ala2 mee)
Bunga kobis dipotong kecil
Kobis dihiris nipis
Udang dalam 15-20 ekor
2 ulas bawang putih chopped
2 sudu besar chili paste/cili kering blend (saya pakai ready made sambal cili & bawang putih je. beli kat asian shop)
Sos tomato/kicap pekat/kicap mee
1 biji telur
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dan chili paste
Masukkan udang dan segelas air.
Bila dah mendidih, masukkan kicap, sos, 1 sudu gula dan garam secukup rasa
Tengah2 medidih tu pecahkan sebiji telur dan kacau2 rata
Kemudian masukkan sayur dan kacau2 sebentar
Kemudia masukkan mee dan gaul rata..Kalau kurang hitam boleh tambah kicap.
Lepastu bolehla hiaskan dengan bawang goreng, timun, tomato dan daun parsley supaya nampak menarik dan nampak sedap ekekek..
No comments:
Post a Comment