Bahan-bahan:
4 bungkus megi (saya pakai yang vegetable flavour je. kalau dapat perisa kari lagi yummy)
2 ulas bawang putih chopped
10-15 ekor udang (nak letak ayam or daging pun boleh)
Kobis potong halus
Carrot potong kecil
*kalau ada kacang panjang pun ok juga nak bubuh, taugeh ke, sawi ke bla..bla..(saya pakai mana yang ada dalam peti ais je)
1 biji telur
2 sudu besar ready made sambal macam gambar kat bawah tu (yang ni optional)
Cara-cara:
Tumiskan bawang putih dan ready made sambal (kalau xnak pakai sambal, boleh guna perencah megi aje. Tapi saya guna 1 paket je perencah megi out of 4 sebab tu saya tambah sambal ni..Too much 'Mak Aji' is not good for kids ehehehe..)
Kemudian masukkan 2 cawan air. Tunggu hingga mendidih
Masukkan udang dan garam secukup rasa
Bila udang masak, masukkan megi yang dipatah 2. Gaul2 hingga megi kembang. Kalau air dah kering and megi still ada yang xkembang, boleh tambah air panas.
Masukkan sayur dan kacau2
Pecah sebiji telur dan goreng rata. Tambahkan kicap pekat nak bagi kaler hitam2 skit.
Time hidang boleh tambah bawang goreng dan cili hijau.
No comments:
Post a Comment