Wednesday, January 26, 2011

Tom Yam Sotong


Bahan-bahan:

500 g sotong jenis 'cuttlefish'
Tom Yam paste (saya guna Knorr)
2 batang serai dititik
2 inchi lengkuas potong nipis2 (nak tumbuk bagi pecah2 pun ok)
1 batang carrot potong bulat
Baby corn (saya pakai dalam tin punya)
1 biji tomato belah 4
6 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar belah 6
3 helai daun limau purut
3 biji cilipadi-diketuk

Cara-cara:

Masukkan air ke dalam periuk (ikut suka kuah nak banyak mana)
Didihkan di atas api sederhana. Sambil2 tu masukkan serai, lengkuas
Bila dan mendidih masukkan sotong, tom yam paste (saya pakai 4 sudu besar), bawang, cili, daun limau purut dan garam secukup rasa
Bila sotong dah masak, masukkan tomato dan carrot
Dalam 1-2 minit masukkan baby corn. Kacau2 30 saat lepas tu boleh angkat (saya xsuka carrot overcooked)

* Saya hias ngan daun parsley supaya nampak berseri2...(hahah statement xbleh blah)

Boleh makan dengan Telur Dadar. Yummy!!

No comments:

Post a Comment