Wednesday, March 2, 2011

Gulai Rebung


Sebenarnya dalam bas tadi masa balik dari sekolah, dah berangan balik rumah nak masak lemak cili api rebung pasalnya teringin sangat nak makan 2-3 harini. So bila masuk dapur nak masak, laaa cili api xde langsung walaupun sebijik..Then decide nak masak gulai lengkuas je la since nampak lengkuas setongkol dalam peti ais nun..Sekali cari bawang, xde pulak bawang merah dah habis. Nasib ada bawang kuning. So pakai je la mana yang ada..

So, blendkan 1 biji bawang kuning tu (or bawang Holland) dengan 2 ulas bawang putih, 2 cm lengkuas, serbuk kunyit, sedikit serbuk cili (dalam 1 sudu kecil) dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan 250 ml santan, serai kering yang mak saya pos tu, segenggam ikan bilis, rebung, garam skit, gula skit. Lepas tu masak atas api biar dia mendidih perlahan2 sehingga masak (kacau sekali sekala).

Makan dengan ikan kembung goreng...bukan ke nikmat tuu :)

Kalau nak proper resepi gulai lengkuas ni boleh refer sini --> http://bukan-resepi-rahsia.blogspot.com/2010/05/gulai-udang.html udang tu boleh ganti dengan rebung dan xperlu letak timun.

*Bukan susah pun nak masak, yang penting jangan cerewet makan... :)

No comments:

Post a Comment