Monday, March 7, 2011
Sup Ikan Merah
Resepi nak cepat, main rebus je...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan merah potong 5 bhgn
5 ulas bawang putih ketuk
2 cm halia hiris nipis (ketuk lagi best kot)
2 cm lengkuas hiris nipis (ketuk lagi best kot)
1 biji bawang besar belah 4
2 sudu besar serbuk sup
1 sudu besar serbuk kurma
Kiub pati sayuran (separuh je)
*Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan letak air agak2 tenggelam ikan. Masak sehingga mendidih (sambil2 tu boleh letak garam dan sedikit serbuk lada hitam)
Bila dah mendidih dan ikan pun nampak macam dah masak, masukkkan tomato yang dibelah 4, 1 biji carrot yang dipotong pendek, 2 biji cili merah/hijau dan batang celeri yang diptong pendek2.
Kalau nak rasa masam2 skit boleh letak cuka atau perah asam limau. Masak dalam 2-3 minit lepas tu tutup api.
Kalau nak rasa pedas, bolehla tambah hirisan ciliapi time hidang tu (dan bawang goreng juga)
*Makan dengan nasi putih, salad dan sambal kicap.
--Cukup untuk makan 2 hari setengah :D
Tempoh masak: 30 minit (chewahhh cam nak lawan Jamie's 30 minutes meal je :P)
Labels:
Ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment