Sunday, May 20, 2012

Megi Mamak VS Megi Sup

MEGI GORENG MAMAK

BAHAN-BAHAN

4 packet instant noodles (tanpa perencah).
1 mangkuk udang harimau
3 biji telur
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji cili merah (dimayang)
2 sd besar serbuk kari
1 mangkuk sayur kobis 
1 mangkuk sayur sawi
5 biji tomato ceri (pakai tomato biasa pun boleh, belah 6)
Sedikit daun sup dan bawang goreng.
Garam secukup rasa.

CARA-CARA

Megi kering dicelur di dalam air yang mendidih (letak 1 sd kecil minyak masak) dan toskan
Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan pecahkan 3 biji telur dan goreng hancur. Ketepikan
Tambahkan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan cili merah sehingga naik bau
Masukkan serbuk kari dan setengah cawan air. Kacau rata sehingga pecah minyak
Masukkan udang dan garam secukup rasa.
Bila udang dah hampir masak, masukkan megi yang dicelur tadi dan goreng rata.
Masukkan sayur sawi, kobis, tomato dan telur hancur
Goreng rata sehingga masak.
Taburkan bawang goreng dan daun sup.


MEGI SUP

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP

2 ulas bawang putih (dicincang)
1 biji cili merah (dimayang)
2 biji carrot (potong kecil)
4 biji tomato ceri
1 mangkuk sayur sawi
1 paket cendawan
1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

CARA-CARA

Tumiskan bawang putih dan cili merah dengan sedikit minyak
Masukkan isi ayam dan goreng seketika
Masukkan 1 liter air, garam secukup rasa dan sedikit serbuk lada hitam
Bila kuah dah mendidih, dan ayam masak, masukkan cendawan
Dalam 2 minit, masukkan sayuran lain.
Kacau2 seketika dan tutup api.

Note: Walaupun megi sup nampak pucat je, kalau makan dengan sambal kicap cilipadi memang meletopp




No comments:

Post a Comment