Friday, January 28, 2011

Gulai Darat Ikan Tongkol


Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol dipotong pendek dan direbus dengan garam dan asam. Boleh refer sini --> gulai ikan tongkol
5 biji telur direbus
3 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar rempah gulai darat
2 biji bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
2 cm halia diamayang halus
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
250 ml santan pekat

Cara-cara:

Tumiskan rempah ratus dan bawang berserta halia hingga layu
Masukkan serbuk kari dan rempah gulai darat beserta sedikit air. Kacau2 hingga naik minyak
Masukkan air dan santan (kuah dalam separuh periuk bersaiz 5 liter)
Bila dah mendidih masukkan ikan
Didihkan dengan perlahan2..kemudian masukkan garam secukup rasa.
Boleh tambah 1 sudu besar gula dan 1-2 keping asam keping
Bila dah masak masukkan telur dan kacau2. Boleh masukkan juga 2 biji cili hijau.
Renehkan dalam 10 minit-15 minit dah boleh angkat

6 comments:

  1. Puya, rempah gulai darat takde lah. nk ganti pakai apa ek?

    ReplyDelete
  2. Salam Ijan, selalunya puya masak gulai lengkuas untuk nasi dagang..Yang ni saja2 try guna rempah yang mak pos haritu..Rasanya lagi sedap yang gulai lengkuas tu..Boleh tengok sini --> http://bukan-resepi-rahsia.blogspot.com/2010/03/gulai-ikan-tongkol.html

    rasanya gulai lengkuas ni pun gulai darat jugak...sesetengah orang memang panggil gulai darat..eheh puya je tak tau..

    ReplyDelete
  3. Salam Puya,
    Ok. Sebab takde rempah darat, saya guna resipi lagi satu tu, guna lengkuas. Sebijik rasa cam selalu makan nasi belauk kat kedai tu. Sukeeeee sangat. Mekacihhh puya! :D

    ReplyDelete
  4. hihi sama2....nanti bolehla makan nasi berlauk selalu :D

    ReplyDelete
  5. iqa ske rseipi ni....
    iqa wat link ye...hehe
    mkn ngn nasi dagang sdp!

    ReplyDelete
  6. hehe iqa no problem..memang untuk dikongsi pun :)..bukan resepi rahsia la katakan :))

    ReplyDelete