Wednesday, August 17, 2011

Nasi Ayam Lagi

Harini masak nasi ayam. Kalau nak tgk resepi bolek klik sini --> Nasi Ayam


Nasi


Ayam


Sup


Salad


Sambal kicap


Sambal cili merah


Popia Segera


Pencuci gusi :D

Sup Telur

Untuk hari 15 Ramadhan ni, kita masak sup telur je. Topup dengan lauk semalam..


Sup Telur

Bahan-bahan:

2 cm halia (dicincang)
Sedikit isi ayam diotong kecil
Kiub ayam (separuh je)
1 liter air
3 biji telur (dipukul terlebih dahulu)
Daun sup dipotong pendek
1 sudu kecil tepung jagung + setengah cawan air (kacau sebati)

Cara-cara:

Masukkan air, ayam, halia, kiub ayam dan garam secukup rasa ke dalam periuk
Masak api sederhana sehingga mendidih/ayam masak
Bila ayam dah masak, masukkan daun sup
Lepas 2 minit masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata
Masa tengah medidih tu, masukkan telur yang dipukul (sebelah tangan kacau2 sup, sebelah lagi tuang telur perlahan-lahan. Baru telur jadi berserat cantik)
Bila telur dah complete masak, dah boleh hidang. Boleh juga kalau nak tabur bawang goreng



Kalau xlalu nak makan nasi, makan sup ni je pun ok..

Ramadhan Delight: Day 14

Ehehe..berjaya jugak harini berbuka puasa dengan sambal petai..dah lama mengidam nak makan petai. Sib baikla haritu En. Jemi beli petai frozen kat asian shop..jadiklaaaaa....Jom tgk menu harini..

Sambal Udang Petai..yummmmy

Bahan-bahan untuk sambal: Blender je semua. Tumis sampai pecah minyak. Masukkan garam, gula secukup rasa. Masukkan udang dan petai. Kacau2 sehingga masak( Kalau kering sangat boleh tambah air sikit).

Lemak Putih Sawi dan Kobis
Resepi boleh tgk sini --> Lemak Putih

Makan pulak dengan ikan rebus goreng..memang best! Link utk resepi --> ikan rebus goreng

Pencuci gusi :D

Saturday, August 13, 2011

Ramadhan Delight: Day 13

Menu hari ini ialah mee bandung versi Finland ehehe..Jom tengok resepi..

Mee Bandung Helsinki :). Makan dengan cili jeruk.

Jom masak:

Untuk lauk, saya gunakan daging, udang dan telur.

Untuk bahan kisar, saya gunakan 6 ulas bawang putih, 1 biji bawang kunig saiz sederhana , 1 biji bawang besar, segenggam kacang tanah (mentah), segenggam cili kering (dalam 10-15 biji). Cili kering dipotong pendek dan direndam air panas terlebih dahulu. Kemudian masukkan ke dalam blender bersama bahan2 lain dan kisar dengan sedikit air.

Masukkan setengah cawan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi dengan api sederhana. Kena sentiasa kacau. Bila dah pecah minyak, masukkan gula/ nisan (saya pakai 1/4) dan 2 sudu besar garam. Kacau rata.

Kemudian masukkan daging dan air (agak2 dalam 1.5 liter). Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga daging empuk. Kalau air kering, boleh tambah lagi. Bila dah empuk, masukkan 4 biji tomato yang dipotong kiub dan 2 sudu besar sos tiram. (saya letak awal supaya tomato hancur dan sebati bersama kuah).

Selepas 10 minit, masukkan udang. Biarkan mendidih sehingga udang masak. Kemudian masukkan sayur.

Untuk sayuran, saya guna kobis, sawi dan daun kucai. Kacau rata sehingga mendidih. Pecahkan telur ke dalam kuah (tempat berasingan supaya telur tidak bertindan).

Biarkan mendidih seketika (5 mins) supaya telur masak. Kemudian tutup api. Taburkan segenggam bawang goreng dan hirisan cili merah. Dah siap bahagian kuah :).

Untuk mee, saya pakai spaghetti je. Rebuskan spaghetti bersama sedikit minya, 1 sudu kecil garam dan sedikit serbuk kunyit. Bila dah lembut, angkat dan toskan.

Nampak macam mee betul kan? :D

Untuk appetizer, saya buat agar2 santan. Tapi kaler pucat sikit sebab saya xletak pewarna (da habis) just guna pandan paste.

Untuk agar-agar santan,

Masukkan 1 paket agar2 kering ke dalam periuk yang diisi 7 gelas air.
Masak sehingga mendidih dan agar2 larut.
Masukkan gula secukup rasa (agak2 dalam 5-6 senduk) dan pandan paste.
Bila dah mendidih dan gula larut, masukkan campuran santan dan telur (400 ml santan pekay dan 2 biji telur dipukul berasingan terlebih dahulu).
Bila dah mendidih, tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk.


Ramadhan Delight: Day 12

Harini saya just masak bubur lambuk. Tapi xsempat nak snap gambar. Makan dengan nasi pilau semalam tu pasalnya banyak lebih. Sayang kalau xmakan. Lagipun xelok membazirkan?

Ramadhan Delight: Day 11

Harini saya masak Beef Pilau. Pakai yang rempah segera brand Shan. Kalau dekat sini, saya beli kat kedai Arab. Kat Malaysia mesti ada jual kan. Tapi xdelah saya exactly ikut dianyer instruction kat belakang kotak tu..saya just pakai rempah dia buat rebusan. Bila dah empuk daging, saya tapis air dia. Lepas tu masukkan ke dalam periuk bersama beras dan daging. Masak nasi mcam biasa.


Beef Pilau.


Shan Pilau Biryani


Instruction


Untuk kuih, saya buat kuih lopes. Xtaula ikut resepi betul ke tak sebab saya main taruk je. Janji ada rupa lopes ehehe..Nak bentukkan kuih ni pun saya just pakai tangan je..xde acuan ehehe..

Kuih Lopes

Bahan-bahan:

2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil pes pandan (nak nampak kaler ijau. nak pakai pewarna pun ok)
secubit garam

Cara-cara:

Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak macam biasa.
Bila dah masak (biarkan sejuk dahulu), bentukkan dengan tangan (pastikan pakai sarung tangan plastik yang nipis tu ye ehehe) macam bola.
Golek2kan dalam kelapa parut
Susun ke dalam pinggan dan tekan sedikit supaya dia jadi leper.
Untuk kuah, just cairkan gula melaka/nisan dengan air (ikut tahap kemanisan) di atas api sederhana.



Juadah kami harini :)

Ramadhan Delight: Day 10

Harini saya just masak lauk hasil kaum2 bapa pergi memancing last weekend. Nama ikani 'Pike' or 'Northen Pike'. Saya masak asam pedas je senang ehehe..

Untuk resepi asam pedas bolek klik --> resepi asam pedas. Bahan semua sama je just ikan je lain :)

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan Delight: Day 9

Hari menu berbuka masakan western..grilled mushroom, salmon and chicken sausage, kentang, salad. Simple menu..time nak makan boleh 'mix and match' :D

Grilled salmon and mushrooms (just tabur garam dan serbuk lada hitam atas permukaan salmon dan cendawan)

Sosej dan cendawan (same procedure as above)

Tada!!! Main dish dah ready..Jom tgk side dish plak..

Kentang yang direbus dengan sedikit garam

Salad

Then 'mix and match' kemudian masuk mulut....jangan lupa baca doa :). Sos saya beli salad sos yang dalam botol tu je, "sinappikastike" or sos mustard


Pencuci mulut

Tembikai

Keledek goreng..(sedap! guna keledek yang kaler purple beli kat kedai asia). Just bancuh tepung beras dengan air, sedikit garam dan kunyit. Celup2 keledek yang dihiris nipis kemudian goreng.


Monday, August 8, 2011

Ramadhan Delight: Day 8

Harini masak murtabak dan keledek goreng je.
Lauk berbuka just recycle kerutuk daging semalam sebab masak banyak.

Ramadhan Delight: Day 7

Harini masak nasi minyak dan kerutuk daging


Manisan: Bubur Cha Cha

Untuk resepi boleh klik ke link ni;


Nasi Minyak

2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 biji bawang Holland (dimayang)
3 sudu besar minyak sapi (ghee butter/oil)
3 cawan beras
4 cawan air
2 cawan susu segar
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning.

Cara-cara:

Panaskan minyak sapi
Tumiskan rempah ratus dan bawang sehingga layu.
Masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras, air dan susu segar
Masukkan garam. Kacau2 rata
Masak nasi macam biasa.

Acar Timun

1 biji timun (dipotong pendek dan memanjang)
1 biji carrot (dipotong pendek dan memanjang)
1 biji bawang besar dimayang halus
1 biji cili merah dimayang halus
Cuka
Gula
Garam

Cara-cara:
Masukkan 2 sudu besar gula ke dalam secawan air suam dan kacau sehingga larut
Tuang ke dalam bekas yang berisi timun, carrot, bawang dan cili merah yang telah dipotong
Masukkan sedikit garam (setengah sudu kecil)
Masukkan 3-4 sudu besar cuka
Gaul rata.

Ramadhan Delight: Day 6

Harini masak ayam masak kicap je..makan dengan ulam pegaga dan sambal belacan dan ikan kering

Untuk resepi bolek klik --> sini

Ramadhan Delight: Day 5

Since jantung pisang yang dibuat ulam haritu masih banyak lagi, so masak lemak cili api jelah..

Jantung Pisang Masak Lemak Ciliapi

Bahan-bahan: Saya just kisar je kecuali serai, malas nak tumbuk eheheh (Serai tu just ketuk2). Ciliapi kat sini pedas sangat, sebab tu saya xletak banyak :)

Jantung pisang yang telah dicelur dipotong pendek2

Cara-cara:

Masukkan serai dan bahan kisar ke dalam periuk
Masukkan 200ml santan dan 500 ml air
Masukkan jantung
Masak di atas api sederhana sehingga mendidih 15 minit. Jangan lupa letak garam secukup rasa


Untuk lauk pulak, masak telur bungkus je.


Telur Bungkus

Bahan-bahan:

5 batang sosej dipotong dadu
2 ulas bawang putih
1 cawan mix vegetables
Sedikit cendawan (kalau suka)
1 biji timato potong dadu (saya just masukkan cherry tomato)
2 biji telur


Cara-cara:

Tumiskan bawang putih
Masukkan sosej, mix vegetables, cendawan dan tomato
Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, kicap, sos tiram dan garam secukup rasa
Biarkan mendidih sehingga kuah agak kering
Untuk kulit, 2 biji telur dipukul
Masukkan ke dalam kuali leper (letak sedikit minyak) dan ratakan
Letakkan isi sosej ditengah2 dan balut.
Bila telur dah masak, balikkan
Biarkan seketika dah boleh angkat.

*Untuk kuantiti inti yang di atas, boleh dapat 2-3 biji telur bungkus.


Saturday, August 6, 2011

Kari Kepak Ayam

Untuk hari ke 4  puasa ni saya masak kari kepak ayam bersama jantungnya ehehe...


Kari Kepak dan Jantung Ayam

Bahan-bahan:

1 biji bawang besar dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
2 cm halia dimayang halus
2 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 sudu besar serbuk kari
250 ml santan
500 ml air
1 paket chicken wings
1 paket jantung ayam

Cara-cara:

Tumiskan rempah ratus dan bawang beserta halia sehingga layu dengan sedikit minyak.
Masukkan serbuk kari dan secawan air
Kacau2 rata sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, air dan santan.
Kacau2 rata dan masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula (masa ni saya pakai gula nisan sebsar ibu jari)
Bila ayam dah separa masak, masukkan jantung
Didihkan dengan api sederhana (sambil kacau2 sekali sekala) sehingga lauk masak. Boleh masukkan cili merah/hijau juka suka.

Jantung Ayam (time bersihkan, saya suka belah sedikit jantung tu untuk keluarkan darah2 beku)


Pencuci mulut: Peaches